Saturday, January 5, 2019

Assalamualaikum semua. Syukurnya hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. Hidup ni terlalu singkat dan pantasnya masa berlalu.

4 tahun usia perkahwinan memang bukan jangka masa yang agak panjang. Boleh lagi untuk istilah 'honeymoon' tapi sesetengah mulut mak cik-mak cik bawang, anggap tu agak lama jika tiada zuriat lagi.

Penat sebenarnya mental dan fizikal kita ni. Walaupun kadang-kadang malas nak layan tapi bila tersebut isu ni, berubah la jugak riak muka kan.

Kita bukan tak usaha langsung. Macam-macam buat. Pergi berurut, perubatan islam, perubatan hospital, semua pergi. Sekarang masih lagi menjalani rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bayaran di hospital ni bukan macam di hospital kerjaan ye. Jauh berbeza. Tapi diusahakan jugak. Mudah-mudahan ini yang terbaik. 

No comments:

Post a Comment

RAUDHAH Tempat yang paling terasa nak pergi tengok dengan mata sendiri. Selama dengar daripada keluarga dan kawan2 sekerja. Peng...